Kasih ayah sepanjang masa...
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah gambaran kasih sayang ayah saat anaknya diuji dengan penyakit misteri. Sambil mengusap kepala dan tangan anak gadisnya, Nurul Aini Farahanur, 20, air mata warga emas, Muhamed Awang, 69, turut bergenang memikirkan nasib anak bongsunya. Kisah mengenai Farahanur atau lebih mesra disapa Anum ini pernah dipaparkan pada April tahun lalu di mana penyakit misteri yang dihidapinya menyebabkan seluruh badan seakan melecur. Lebih setahun menderita, tahap kesihatan Anum semakin menunjukkan perkembangan yang baik apabila dia sudah boleh menguruskan diri sendiri untuk ke bilik air. "Alhamdulillah, dengan doa dan usaha ramai pihak, Anum makin sihat. Saya menjaga Anum sendiri kerana enam anak yang lain berkeluarga dan bekerja di bandar. "Sebelum ini, Anum berada di Kuala Lumpur bersama kakaknya selama tiga bulan dan baharu empat bulan pulang ke kampung. "Sejak sebulan lalu, kulitnya mula mengering dan bahagian b...
Komentar
Posting Komentar